//RM179 bilion milik pelombong lenyap dari Bitcoin

RM179 bilion milik pelombong lenyap dari Bitcoin

Cepat dapat cepatlah hilangnya (Easy come easy go), itu yang digambarkan mengenai status semasa Bitcoin, kriptowang bualan hangat dunia digital kini.

Januari lalu RM179 bilion (USD46.1 bilion) hilang daripada RM781 bilion (USD200 bilion) nilai keseluruhan matawang digital itu, laporan Coinmarketcap.

Ketika nilainya naik mencecah USD10,000, Bitcoin menghasilkan aura momentum memukau, para pelombong berpusu-pusu menanam pelaburan merancakkan aktiviti perlombongan.

Perlu diingat apabila suatu pelaburan naik sehingga 50% nilai asalnya, indikator kewaspadaan dan berhati-hati perlu diaktifkan.

Kerana ia suatu yang tidak masuk akal.

Menyedihkan, kini para pelombong cedera dan merawat luka sendiri dengan kejatuhan Bitcoin yang merupakan kejatuhan terbesar dalam sejarah aset digital, berlaku dalam selang masa hanya sebulan.

Ketika Bitcoin mencapai kemuncaknya pada tahap USD20,000 pada awal Disember, banyak berita dan spekulasi negatif tersebar menyebabkan sebahagian pelabur mula hilang keyakinin. Nilai Bitcoin menyusut pada kadar diantara USD5,000 hingga UDS15,000.

Berita-berita tersebut tersebar kesan dari pengenalan kepada Future Contracts on Regulated Exchanges oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Nampaknya jalan yang penuh liku bakal dihadapi para pelombong dengan ketidaktentuan pasaran kriptowang Bitcoin.

Yudi Kurniawan Budi
Cyberjaya

TAGS: